Tentang

Neon Berapi sebuah laman web berita dan rencana yang mustahak di Malaysia. Ia satu-satunya laman web di negara ini yang telah mencapai standard tamadun dan digazetkan sebagai khazanah negara. Sepanjang 24 tahun sebagai media massa Neon Berapi telah mencetus ramai cendekiawan dan intelektual bebas yang tidak diperintah dan tidak pula memerintah.

Kewujudan Neon Berapi bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1996 sebagai sebuah akhbar mingguan bernama Hello Kolumpo! yang diasaskan oleh seorang pengarang besar, M Kassim. Beliau memimpin Hello Kolumpo! bersama wartawannya Said Bahari dan seorang jurufoto Othman Khomis di sebuah pejabat kecil terletak di Wisma Central, tidak jauh dari sebuah tapak lumba kuda di tengah ibukota. Pada ketika itu Hello Kolumpo! cukup terkenal dan menjadi rujukan golongan pemimpin masyarakat dan orang ramai dalam membuat keputusan berkaitan isu semasa.

Pada tahun 2014, telah berlaku kehilangan M Kassim secara misteri yang menyebabkan Hello Kolumpo! agak pincang. Peristiwa itu mendapat perhatian CEO Neon Terbit yang juga salah seorang murid awal M Kassim dalam Master Class Penulisan Berita & Rencana M Kassim untuk membantu Said Bahari sedikit sebanyak.

Akhirnya pada tahun 2017 secara rasmi Hello Kolumpo! diserahkan kepada Neon Terbit dan dijenamakan semula sebagai Neon Berapi. Pada hari ini Neon Berapi beroperasi sebagai akhbar dalam talian sepenuhnya di Kuala Lipis.

Penasihat: Said Bahari

Ketua Pengarang: Firdaus Abdillah Hamzah

Editor/Pengarang: H. Muhammad, Nazim Masnawi

Jurufoto: Ismail Othman

Kolumnis: Mat Tiara

Penyumbang: Zan Zaini, Fasyali Fadzly, Karl Agan, Nazim Masnawi, Lily G, Bart Ahmad, Ken, Sufian Abas, Johan Radzi, Fairuzzaman Shaharudin, XX, M. Faiz Syahmi, Pipiyapong, Farwalis, Tun Fairuz, Stam Stapa, M. Hanif, Alip Moose, Huzaiba Baharuddin, Dian S Akbar, Rien SD dan ramai lagi.

PERINGATAN: Rencana-rencana yang dipaparkan dalam bentuk berita di Neon Berapi ialah fiksyen. Pembaca diharap dapat menghadamnya sebagai ekspresi satira lalu meneruskan hidup masing-masing dengan jayanya. Segala persamaan dengan yang hidup ataupun telah mati hanyalah kebetulan. Sebarang notis saman atau surat ugutan sama sekali tidak akan dilayan.