Ulasan

Posted on MUZIK/SENI & BUDAYA

Goodbye sober day, hello Milky Way: Sebuah album rock terbaik dalam sejarah gegendang telinga

Ashraf Sahdan seorang mat rock dari Segitiga Emas Jengka cuba mengulas sebuah album rock yang mistikal dan magikal daripada Mr. Bungle.   Mula-mula let’s be clear. Artifak rock yang dimaksudkan adalah album berjudul California (1999) oleh Mr. Bungle, yang juga merupakan subjek dalam tulisan ini. Tiada sebab untuk saya tulis tentangnya di sini pun –…

Posted on FILEM

Karl Marx dalam Anbe Sivam

Kami tidak menyangka akan menerima tulisan mengenai filem Kamal Haasan. Jaymani Sevanathan, seorang mahasiswi jurusan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menulis tentang Anbe Sivam.   Kamal Haasan bukan calang-calang orang dalam industri perfileman India Selatan. Dengan gelaran ulaga nayagan (hero dunia), beliau mampu membuka minda dan kotak pemikiran peminat lakonannya. Lakonannya tidak sama…

Posted on MUZIK/SENI & BUDAYA

Kitaro – Kojiki & The Universe 2017: Pencarian zen yang tidak ditemui di puncak Genting

Kisah tiga sekawan diketuai Zan Zaini yang mendaki puncak Genting mahu bertemu dengan Kitaro. Aku klik butang ‘pay now’ di laman sesawang Ticket Charge dalam kepala otak masih bermain-main petikan klip video lagu Matsuri yang kerap diputarkan di siaran Stesen Television Malaysia Berhad (STMB) suatu ketika dahulu sebelum bertukar nama menjadi TV3. Masih tertera di…

Posted on MUZIK/SENI & BUDAYA

Rogue State — Semboyan Hip Hop Malaysia

Sebelum mendengar Rogue State, saya terfikir; apa bolehkah pada tahun 2017 ini, pemuzik-penyanyi Malaysia membikin sebuah album yang dapat mengimbau kenangan romantis kita pada era di mana Hip Hop menjajah segenap sudut tanah air? (Jangan mengaku jika ada yang pernah keluar rumah memakai kalung cakera padat di leher mereka.) Selepas mendengar Rogue State, persoalan saya…

Posted on FILEM

Tombiruo (2017): Filem Komik yang Bukan Kepalang

Masalah utama filem Tombiruo adalah ia merupakan adaptasi novel Tombiruo. Meskipun dicop sebagai penulis nombor satu thriller Malaysia, Ramlee Awang Murshid sebenarnya paling lemah bab menyelit unsur tersebut ke dalam novel-novelnya – plot dan konspirasinya kau boleh layan dari mana-mana telefilem Hallmark pada malam minggu. Yang menarik tentang kebanyakan novel Ramlee ialah lokalisasinya yang betul-betul…

Posted on FILEM

LuQman (2017): Membawa Makna Syok Sendiri ke Tahap Lain

LuQman ialah sebuah filem bobrok yang hanya pengarah power boleh buat. Ia sebuah karya syok sendiri yang punyalah syok sendiri sampai kau kagum mengenangkan agak rare filem tempatan masa kini dibuat tanpa memikirkan reaksi penonton; reaksi sesiapa pun! Jelas, Mahadi J. Murat diberi lesen besar untuk buat filem yang dia nak (ia diterbit oleh kolej milik…

Balik ke Atas