Miri: Dari Perkampungan Nelayan ke Bandar Minyak, dan kini Bandaraya Peranginan

Anda mungkin mengenal Miri sebagai sebuah bandar industri minyak. Namun itu hanya berlaku pada abad ke-21. Sebelum minyak ditemui pertama kali di Bukit Kanada pada penghujung tahun 1910, Miri adalah sebuah perkampungan nelayan yang kecil. Kampung Wireless misalnya adalah salah-satu antara perkampungan nelayan yang sudah begitu lama bertapak di Miri. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, … Read moreMiri: Dari Perkampungan Nelayan ke Bandar Minyak, dan kini Bandaraya Peranginan

Siri Kembara Miri: Dari Gua Niah Ke Kuala Baram

Untuk tulisan kali ini, saya habiskan sehari suntuk Isnin yang lalu memandu sepanjang jalan persisiran pantai Miri – Bintulu sehingga tiba di Gua Niah sebelum patah kembali ke Kuala Baram. Selalunya bila rakan-rakan bertanya tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Miri, saya tidak tahu destinasi yang boleh dicadangkan atas beberapa alasan. Alasan yang … Read moreSiri Kembara Miri: Dari Gua Niah Ke Kuala Baram

Tentang Pasaraya Pulung & Pesta Nukenen

Saya tiba di dataran tinggi Bario seminggu lebih awal sebelum Pesta Nukenen & Kebudayaan Bario 2017 bermula. Itu pun kerana tiket penerbangan yang dekat dengan tarikh pesta sudah pun habis terjual. Hanya ada kekosongan pada tarikh yang lebih awal. Pada mulanya saya merungut sebab banyak kerja-kerja lain yang perlu diberi perhatian. Mujurlah saya bekerja sendiri, … Read moreTentang Pasaraya Pulung & Pesta Nukenen

Selamat Datang Ke Negeri Seribu Jabat Tangan

Hanya bunyi kipas pesawat Twin Otter yang kedengaran. Tidak ada perbualan antara penumpang. Sekali-sekala bunyi ketikan kamera mencelah dalam suasana bingit. 15 minit yang lalu, puncak Mulu dirakam. Tidak lama kemudian imej Batu Lawi terpampang di penjuru tingkap pesawat. Batu Lawi adalah mercu tanda sempadan Dataran Tinggi Kelabit. Setelah melewati Batu Lawi, pesawat melayang turun … Read moreSelamat Datang Ke Negeri Seribu Jabat Tangan