Kekal di jalan tepi: Perbualan kosong bersama Ian MacKaye

Wawancara oleh Andrea Kurland ini terlebih dahulu disiarkan di laman web Huck pada 4 Ogos 2015. Neon Berapi telah mendapatkan kebenaran terjemahan bagi berkongsi panduan dalam menerajui hidup yang tidak bernaratif. Ian MacKaye tahu saya takut bertentang mata dengannya. Beliau membawa saya bertawaf ke sudut-sudut bersepah Dischord House – rumah bertingkat yang mengoperasikan label rekodnya … Read moreKekal di jalan tepi: Perbualan kosong bersama Ian MacKaye

Pemain gitar bes Hellexist tidak betah berjauhan dengan anak

KEDIRI — Zulkiflie Maarof gagal menahan sebak bila ditanya mengenai anaknya selepas berakhir persembahan Hellexist di Kediri malam tadi. Beliau ternyata sangat merindui anak yang diberi nama Elijah hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Aminah. “Elijah, abi akan pulang… abi akan pulang…” itu saja yang berulangkali terungkap di mulut tatkala air matanya mencurah. Zulkiflie Maarof … Read morePemain gitar bes Hellexist tidak betah berjauhan dengan anak

Potret-potret Malaysia Lama

Pada suatu hari dalam bulan Ogos tahun lalu saya telah berhadapan dengan satu keadaan yang mana bunyi WhatsApp bertalu-talu muncul dari telefon. Bila saya buka telefon, rupa-rupanya Azaruddin Paiman atau lebih dikenali sebagai Din Akar, pengarang Pengembaraan Tanah Jepun dan zine Roots telah mengirim berpuluh-puluh keping foto kepada saya. Saya kurang faham apakah tujuannya sejak … Read morePotret-potret Malaysia Lama

Punk Bangkit Hari Ahad! – Brawk N Roll & Api Dalam Sekam (sebuah ulasan yang tertangguh beberapa Ahad)

Pernah seorang kutu bersurah (aku tak dapat ingat siapakah gerangannya), “Kau tengoklah nanti. Makin nak dekat dengan pilihanraya, makin kerap ada acara hiburan!” Tak berani aku hendak bertaklid buta dengan fahaman ini. Tapi melihatkan senarai konsert/acara hiburan/persembahan muzik sejak dari awal tahun, agak sukar untuk disangkal teori kekerapan acara hiburan yang berkadaran songsang dengan tempoh … Read morePunk Bangkit Hari Ahad! – Brawk N Roll & Api Dalam Sekam (sebuah ulasan yang tertangguh beberapa Ahad)

Dari Kota Dosa ke Pasir Rawa, singgah sebentar di Kuala Semantan

Walaupun kelahiran aku di negeri Pahang, Mentakab adalah destinasi yang jarang aku tuju. Lokasi Mentakab 113 kilometer dari tempat kelahiranku, Kampung Tersan, Raub. 128 kilometer jaraknya dari tempatku bermastautin, Kuala Lumpur dan 124 kilometer dari ibu negeri Pahang, Kuantan. Jika dilihat pada peta semenanjung Malaysia, Mentakab terletak di tengah-tengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. … Read moreDari Kota Dosa ke Pasir Rawa, singgah sebentar di Kuala Semantan

Punk Asshole melawan Punk Ivy League

Pada era John Wick ini di mana garisan yang memisahkan antara anti-hero dan hero acuan moralis sudah semakin pudar, adalah amat menyedihkan apabila dunia aktivis kita semakin melupakan nilai-nilai terpinggir seorang pejuang kebebasan. Nilai terpinggir seorang bad boy pembela golongan tertindas, penyangak penegak keadilan dan asshole ilmuan berhaluan kiri, seorang PUNK. Ia mula perlahan-lahan dihakis … Read morePunk Asshole melawan Punk Ivy League

Satu laporan gig daripada brader lori JB

Skudap Skudip band terakhir main untuk show hari pertama tadi. Kamu tidak mungkin salah meneka apa jenis lagu yang mereka mainkan bila satu band pakai nama yang macam gitu. Kamu pasti boleh agak apa jenis hadirin yang mula memenuhi ruang depan pentas saat ahli band mula keluar melakukan sound check. Lagu pertama pemanas badan. Yang … Read moreSatu laporan gig daripada brader lori JB