Atas semboyan ‘Kebebasan Bersuara’ dan entah apa-apa lagi

Kelmarin, saya telah menatal twitter lalu terserempak dengan sebuah video lagu rap yang dibikin oleh dua mamat hipster. Saya terus berasa jelek. Dendangan rap dengan judul I am Malay itu diisiapkan dengan footage-footage yang pernah tular dasawarsa ini. Kebanyakannya tertumpu kepada sindiran-sindiran vulgar dua Melayu kota ini kepada golongan Melayu yang menurut mereka – sentiasa … Read moreAtas semboyan ‘Kebebasan Bersuara’ dan entah apa-apa lagi

Kaum muda, menderhakalah!

Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka [1] Jika di Iran- pada tahun 1933- lahir seorang pemikir yang kontroversial, menggugat hegemoni Shah Pahlevi, meniupkan stamina intelektual dalam jiwa rakyat Iran, bahkan ada yang menggelarnya arkitek revolusi Iran- seorang Ali Syaria’ti- di Malaysia- pada tahun yang sama- lahir seorang seorang Kassim Ahmad … Read moreKaum muda, menderhakalah!

Kerancuan: Menanggapi Esei ZF Zamir

Kata pujangga ‘Kejayaan adalah musuh perjuangan. Apabila sesuatu yang kita usahakan sudah terlalu berjaya, berhenti dan mulakan yang baru’ barangkali bukanlah sesuatu yang baru, saya kira. Dan ketika ZF Zamir mengungkapkan kata-kata tersebut lewat artikel beliau yang diterbitkan dalam laman majalah Tumbuh, saya menanggapi perkara tersebut dengan serius dan teliti. Lebih unik lagi, menurut beliau, … Read moreKerancuan: Menanggapi Esei ZF Zamir

Memahami Undi Anak Muda

Saya masih ingat lagi ketika saya mula-mula mengundi pada pagi 8 Mac 2008, saya lihat ramai pengundi yang seusia dengan saya mula turun mengundi buat kali pertama. Ramai yang pakai skinny jeans dan pakai baju band Hujan, atau Saya Sayang Mak Saya beratur untuk turun mengundi. Ramai yang turun mengundi untuk menuntut perubahan. Ini kerana … Read moreMemahami Undi Anak Muda

Formula 1 Terakhir

Mac 2009. Jumaat. 3.40 pagi. Media Registration Center (MRC), 50 meter dari registration tunnel. National press officer, seorang maintenance crew dan seorang analyst executive dengan buku checklist sedang memeriksa warna bunga di dalam pasu yang disusun di luar MRC. Kesemua mereka bermata barai. Tidur terakhir 20 jam sebelumnya -2 jam di atas sofa Media Centre- … Read moreFormula 1 Terakhir

Valar Morghulis

Sekarang, Game of Thrones musim tujuh. Kita sekarang berada di episod tiga daripada saga agung ini dan kita tahu kita cuma berbaki empat episod lagi sebelum musim baru akan datang lagi tahun hadapan. Berbagai-bagai pertanyaan menujah-nujah minda ketika kita menanti kedatangan Malam Panjang yang digeruni. Siapakah pencipta asal White Walker? Bolehkah Tujuh Kerajaan bersatu sekali … Read moreValar Morghulis

Membaca

Membaca adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari. Sebagai suatu kebiasaan kita tidak menganggapnya sebagai memerlukan perbincangan atau renungan. Namun pandangan dan sambutan kita terhadap tindakan dan kegiatan membaca telah berubah secara sedar atau tidak. Pelbagai tuntutan dan tanggungjawab kehidupan sama ada sebagai seorang pelajar atau orang yang bekerja atau orang yang berkeluarga atau semua … Read moreMembaca