Tungku Kuali Mekong 2

“Dulu aku pernah ke sana,” si Mac bilang. “Ada sebuah resto Korea Utara. Masakannya boleh tahan. Tapi aku tak nak berbicara soal kulinari…” Aku sedang sibuk mengunyah Shuba. Telingaku kurang fokus. “Ada seorang gadis di sana. Kedainya sepi. Tetapi masakan mereka luarbiasa enak. Kau harus mencubanya jika kau mampir ke sana.” “Pasal gadis itu…” “Ya,” … Read moreTungku Kuali Mekong 2

Tungku Kuali Mekong

Salah satu matlamat akbar saya menyeberangi negara-negara Indochina adalah untuk merasai kulinarinya. Sebagai seseorang yang beriktikad kepada mazhab epicurean, saya meyakini bahawa kulinari haruslah mendorong kepada pemakanan yang sihat dan penghidupan yang bermakna. Dua perkara ini adalah batu asas kepada kebahagiaan yang jitu. Saling mendukungi. Sepanjang mendewasa, saya tidak pernah menikmati sajian Kemboja, atau Vietnam. … Read moreTungku Kuali Mekong

Atas semboyan ‘Kebebasan Bersuara’ dan entah apa-apa lagi

Kelmarin, saya telah menatal twitter lalu terserempak dengan sebuah video lagu rap yang dibikin oleh dua mamat hipster. Saya terus berasa jelek. Dendangan rap dengan judul I am Malay itu diisiapkan dengan footage-footage yang pernah tular dasawarsa ini. Kebanyakannya tertumpu kepada sindiran-sindiran vulgar dua Melayu kota ini kepada golongan Melayu yang menurut mereka – sentiasa … Read moreAtas semboyan ‘Kebebasan Bersuara’ dan entah apa-apa lagi

Yang Berani Hidup

Johan Radzi, seorang peninju melaporkan tentang Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara 2017. “Aku sukakan mereka yang berani hidup. Aku sukakan mereka yang masuk menemu malam.” — Chairil Anwar Sejak tujuh ke 10 Disember lalu, PUSAKA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Festival Bahasa & Persuratan Melayu Nusantara 2017 beberapa tempat di Shah Alam … Read moreYang Berani Hidup

Kandas di Pulau Ketam

“Maaflah, bot terakhir untuk ke Pelabuhan Klang dah berlepas setengah jam tadi. Sekarang sudah tiada bot lagi. Tunggu esok.” Penambang itu menghidupkan enjin lalu mengundurkan botnya dari tebing jeti. Aku dan KB tercengang dan kami memandang ke timur merentasi hutan paya bakau dan tompokan-tompokan kelong, ke arah tanah besar yang telah kami tinggalkan beberapa minit … Read moreKandas di Pulau Ketam

Valar Morghulis

Sekarang, Game of Thrones musim tujuh. Kita sekarang berada di episod tiga daripada saga agung ini dan kita tahu kita cuma berbaki empat episod lagi sebelum musim baru akan datang lagi tahun hadapan. Berbagai-bagai pertanyaan menujah-nujah minda ketika kita menanti kedatangan Malam Panjang yang digeruni. Siapakah pencipta asal White Walker? Bolehkah Tujuh Kerajaan bersatu sekali … Read moreValar Morghulis

Wawancara: Johan Radzi, tinju dan peluru

Wawancara Johan Radzi yang dikendalikan oleh penulis terkenal, Sufian Abas. Johan Radzi adalah seorang peninju amatur merangkap pelajar tahun akhir undang-undang. Beliau percaya dengan keganasan kata-kata untuk menyelesaikan segala masalah yang terbuku di dalam hati. Buku pertama beliau, Tinju & Peluru adalah mikroskop kepada kehidupan di Malaysia dan ditulis di bawah pengaruh Papa Hemingway waktu … Read moreWawancara: Johan Radzi, tinju dan peluru