Goodbye sober day, hello Milky Way: Sebuah album rock terbaik dalam sejarah gegendang telinga

MUZIK/SENI & BUDAYA Teks oleh: Ashraf Sahdan

Ashraf Sahdan seorang mat rock dari Segitiga Emas Jengka cuba mengulas sebuah album rock yang mistikal dan magikal daripada Mr. Bungle.

 

Mula-mula, let’s be clear. Artifak rock yang dimaksudkan adalah album berjudul California (1999) oleh Mr. Bungle, yang juga merupakan subjek dalam tulisan ini. Tiada sebab untuk saya tulis tentangnya di sini pun – bukan kerana ada unexpected reunion/kematian ahli kumpulan ini; bukan juga kerana ada rilisan box set, edisi bumper, atau whatever sempena ulangtahun album juga. Baik dari segi komersial ataupun tidak, tulisan ini bukanlah sejenis alat untuk mempromosi apa-apa. Ini ke yang orang gelar disclaimer tu? Uhm, tak kisah lah.

 

“Sell the rights to your blight, and you’ll eat”

Ya, saya sedar, untuk bercerita tentang album rock bersifat eksperimental, avant-garde semantap, seliar, dan semencabar ini; dari sebuah kumpulan ‘unclassifiable’ rock berstatus kultus, berkaliber, juga berpengaruh itu pula, sebenarnya memang kedengaran sangat ambitious. Ya la, Mr. Bungle itu saja pun, seperti yang dipersetujui secara universal, bukanlah kumpulan yang easily defined – even melalui muzik – apatah lagi melalui karangan runcit begini. Anda get the idea, kan? It really takes a lot – malah menyakitkan hati – untuk mengulas album ini kerana macam mustahil ia akan memberi jastis yang patut kepadanya. Jadi bila saya cakap ‘cubaan’, harap anda boleh bertenang – dan maafkan saya, in advance – jika anda mula terasa panas, berapi, macam fak, atau apa saja di dalam hati setelah membaca perenggan-perenggan akan datang (atau juga sebelum).

California ini… uhm okay sebelum tu kasi can untuk saya jelaskan dahulu mengapa album ke-3 dan juga terakhir daripada Mr. Bungle ini begitu penting kepada saya. Dirilis pada tahun 1999, waktu California keluar, betul, saya masih lagi bersekolah darjah 3, dan probably sedang sibuk bermain sukan-sukan yang tiada halatuju konkrit seperti berlawan sepak getah, guli, atau whatever. Ketika itu juga, rock yang saya register dalam kepala hanyalah semudah; rock mesti rambut panjang, gitar karan, seluar ketat; dengan Bon Jovi sebagai ketua rock. Sungguh naif, saya tahu. Tapi siapa tidak? Lagipun zaman itu memang terbukti mencabar buat seseorang insan untuk mendalami rock dengan tekun, lagi-lagi kalau baru darjah 3, kerana jiran tetangga, guru-guru, dan sanak-saudara semuanya memantau teliti aktiviti rock dalam kalangan remaja. Mereka bimbang ada anak liar yang mula mengamalkan diet makan sampah dan minum darah kambing akibat dipengaruhi budaya punk dan black metal yang hip selalu keluar Mastika kerana dianggap musuh negara itu. Akibatnya ramai anak muda lebih cenderung menceburi industri rempit berbanding menghayati rock secara mendalam kerana ibunya marah jika dia rock sebab berdosa dan masuk neraka.

Bercakap mengenai manuver bergaya dan otak udang di jalanraya, saya rasa California ini pun selain mengubah cara saya mendengar muzik – oleh kerana kebanyakan masa saya dengar muzik adalah di dalam kereta – ia juga, in a way, mengubah cara saya memandu ke arah yang lebih bertanggungjawab, konsideret, berakal, dan berwawasan 2020 itu. Ya, dengan mendengar muzik yang betul, tiada sebab untuk saya marahkan 1 orang masuk simpang tak kasi signal, dan sakit hati dengan kebangangan itu lalu mencarut seperti tiada pedoman dan bawa kereta saya pula macam syaitan untuk 20 minit perjalanan seterusnya. Lebih baik saya bertenang dan cucuh rokok sebatang. Lagipun masa itu mungkin saya sendiri sedang sibuk memikirkan apakah sebenarnya yang sedang berlaku sepanjang 6 minit “None of Them Knew They Were Robots” itu berkumandang. Ya, saya tidak tahu, dan juga tidak mampu, untuk tidak membayangkan sebuah pertunjukan sarkas dari masa hadapan oleh Syarikat Sarkis Di-Raja London dengan semua performernya berupa manusia berkepala energizer bunny yang diklon. Itu sahaja klip video yang saya mentally projected, every frickin’ time saya dengar lagu ini.

 

“Post industrial bliss, a binary hug or kiss, can be wrung from utility mist”

Saya sebenarnya sudah tidak tahu macam mana nak properly sambung reviu ini pun. Hampir 1 jam saya buang masa di sini, I mean, literally di baris ini, menaip apa saja yang terfikir, dengan harapan at least menjadi fun word-play, kemudian bila sedar yang ia terlalu teruk untuk dipaparkan kepada masyarakat, saya pun tekan backspace dengan penuh penyesalan sambil memohon kemaafan. Pipiyapong itu pun satu, dia cuma kasitau saya, “ko tulis rebiu album satu, untuk Neon Berapi, bantai je.” Reviu album? Bantai? Jika saya seorang insan yang ultra literal, mungkin saya akan truly consider untuk berhenti di sini saja, kemudian seru spirit animal saya Cornholio, tukar ke gear full-retard, lepas tu edit semula ini menjadi sebuah… err… reviu album… err… foto, atau setem ke, instead of rock, macam seorang asshole professional yang sebenar. Terfikir tentang ini saja satu hal, menerangkannya secara bertulis pula memang….ugghhh! Okey, anggap sajalah perenggan ini basically cuma nak kasitau anda betapa luas, umum, dan tak masuk akalnya tema reviu album yang dicampak CEO Neon Group Ltd. itu kepada saya, dan juga sebab kenapa reviu ini ditulis in the first place.

Mengetahui tentang kewujudan California, atau Mr. Bungle itu sendiri buat kali pertama hanya pada sekitar 2012, lebih kurang 13 tahun selepas ia dirilis, pada ketika itu saya berada dalam keadaan fizikal dan mental yang, uhm, macam celaka juga, di mana saya dapat rasakan yang semua repressed thoughts dalam kepala ini, akan mengurangkan jangkahayat saya, at least sebanyak 10 tahun. Buktinya, banyak tindakan dan perlakuan manusia di dalam persekitaran sosial saya, seringkali membuatkan saya rasa senak perut apabila melihatnya. Tapi dengan pengetahuan yang itu bukan masalah saya, dan even jika saya ada sekelumit peduli pun, bukan ada apa yang saya boleh/tahu nak buat pun, maka saya teruskan hidup macam biasa.

Musically hampir separuh daripada keseluruhan California yang dibarisi 10 buah lagu – tiada satu filler pun – kedengaran seperti rock letup standard. “Sweet Charity” dan “Vanity Fair” memang jelas sekali dipengaruhi doo-wop cuma berbeza tempo. “Pink Cigarrette” – mungkin lagu mereka yang paling popular – adalah straightforward slow-dancing ballad, tapi sebenarnya suicide note yang menyamar sebagai lagu jiwang. “The Air-Conditioned Nightmare” yang saya rasa adalah homaj kepada Henry Miller (penulis memoir dengan tajuk sama), harmoni gaya Beach Boys turut dapat didengar di sebalik temanya yang bersifat depresif itu. “Retrovertigo” pula, seperti lebih telus dalam respon kepada semua permasalahan yang diutara dalam most part album ini. Tentang budaya masyarakat manusia, yang lebih mementingkan self-preservation berbanding logik dan rasional dalam tindakan. Mereka hanya tahu memberi doa, derma, dan pendapat setiap kali melihat ketidak-adilan dilakukan, kemudian sambung kompelin pasal tak tahu nak makan tengah hari di mana, sedangkan ada orang yang langsung tiada kemampuan untuk even fikir tentang pilihan, kerana simply tiada ‘luxury’ itu. Memetik Prof. Filthy Frank, PhD in Severe Internet Retardation, “… in this day and age with the internet, ignorance is a choice, and people still choosing it.”

Mendengar California secara keseluruhan, saya tidak tahu bagaimana, on psychological level, ia menenangkan saya. Ia seakan memberitahu saya suatu perkara yang sebelum ini hanya kerap terapung dalam kepala saja, tanpa keupayaan untuk diekspresikan secara nyata; tentang erti menjadi manusia dalam dunia virtual ini, mungkin sebenarnya adalah pencarian yang universal dan berpanjangan, dan untuk kebanyakan masa, tiada penyertaan secara sedar daripada sesiapa.

 

“Ride si sapis”

Walaupun mempunyai reputasi keboleh-dengaran & radio-friendliness yang lebih berbanding dua album sebelumnya; Mr. Bungle (1991) yang truly one of a kind itu; juga Disco Volante (1995), yang notoriously sinister dan menaikkan bulu roma, California yang sering dianggap let down oleh kebanyakan pendengar awal atas sebab ini, pada saya, adalah magnum-opus sebenar Mr. Bungle. Emphasis yang diberi kepada melodi dan harmoni dalam album ini menunjukkan yang Mr. Bungle sebagai band, kini lebih matang dalam mengaplikasikan pelbagai muzik yang mempengaruhi mereka, termasuklah yang cheesy gila pun, dan juga sense of humor yang twisted itu ke dalam muzik mereka. Ini juga bagi saya kekuatan Mr. Bungle berbanding kumpulan rock eksperimental yang lain. Mereka masih manage to sounds impressively catchy as hell, dan tidak hanya membuat ujikaji muzik syok sendiri.

Ketika cuba revisit kembali pengalaman pertama, I mean, betul-betul kali pertama saya bertentang telinga dengan (speaker yang sedang main) California, ia adalah menerusi “Ars Moriendi.” Pada waktu itu kesedaran rock berada pada paras bahaya. Bila perasan setelah sekian lama, sebenarnya rock yang saya kenal ini agak dorman, saya pun rasa macam fak juga. Antara simptom awal adalah seperti mendengar rock laju dengan riff lebih kurang sama sering terasa meletihkan, playlist seakan saturated gila, gaya macam sudah bertahun tidak ada perubahan, tidak ada anjakan dalam spektrum muzik rock yang saya dengar. Recycle – Ya, perkataan ini memang biasa dikaitkan dengan plastik, tetapi muzik pun selalu juga. Itulah yang saya rasakan, to the point saya membuat kesimpulan yang mungkin tiada kejutan lagi mampu dilakukan dalam rock, kerana (probably) semuanya sudah dilakukan 30-40 tahun yang sudah. Tapi itu saya la, sebab mungkin juga saya bukan tau apa pun sebenarnya.

Apabila mendengar “Ave atque vale!” – latin untuk “Salam hormat, dan bye bye!” sort of la – dilaungkan sebanyak dua kali di pertengahan lagu, dengan suara yang kalau dalam carta ke-heavy metal-an suara, ia berada pada skala ‘tegas & garang’, saya boleh rasakan gegaran bunyi itu pada dinding rumah. Ia lalu retak dan jatuh berderai, dan membuka pintu ke dimensi berlainan. “Apa benda kah ni? Muzik dari alam bunian kah yang saya sedang dengar dari komputer ini?” Ya, akibat kurang fasih dalam vernakular muzik, hanya itu yang mampu saya ucapkan dalam hati sewaktu itu. “Ars Moriendi” oh my… memang pelik nak mampos dan intense gila! Ibarat mendengar sepasukan pemuzik polka memainkan lagu berirama techno-zapin & timur tengah, secara pseudo-metal di suatu majlis tari-menari Saturnalia sebelum acara human sacrifice berlangsung. It was insane!!! Lagu ini selain membuka mata saya ke seluruh California sekaligus ke seluruh Mr. Bungle, jasanya paling besar adalah buat saya fikir yang sebenarnya adalah okey, malah perlu untuk menghargai apa jua jenis muzik, even kita tidak meminatinya sekalipun, kalau ia memang mantap.

 

“Tjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjaktjak”

Kalau ikutkan hati, ada banyak lagi perkara yang mahu saya ceritakan. Saya tahu memang tidak lengkap kalau bercakap tentang Mr. Bungle tanpa nama Mike Patton (Faith No More, Fantomas, Tomahawk) ever mention sekali pun. Tetapi semakin excited saya rasa untuk terus cerita tentang California, semakin saya rasa tidak mahu cerita langsung tentang California kerana; 1) saya sedar memang tidak adil untuk saya balas komitmen anda membaca reviu ini dengan meminta anda lihat perspektif saya dalam perkara as subjective as music, apatah lagi kalau muzik itu pula as beautifully twisted as Mr. Bungle’s, 2) mungkin ada yang memang sudah lama tahu tentang California dan anggap it’s not a big deal pun, 3) menulis tentang album yang tak boleh diterangkan guna perkataan memang menyakitkan hati, dan ada juga buat saya rasa macam tak berbaloi, seperti simply mendengarnya pun, 4) saya simply… uhm, malas gila nak menaip.

Apapun, jika ditanya apakah highlight utama dan kemuncak sebenar album ini, tanpa berbelah bahagi, saya pilih lagu terakhir yang menutup album ini; “Goodbye Sober Day.” Lagu ini, asalnya saya tidaklah berapa suka. Memang lagu ini susah untuk klik, tapi bila sudah klik, oh boy, it really fucking clicks. Ia berkembang dalam diri ini, seperti kanser! Semua cheesiness, keketatan, kemerduan melodi, off-kilterness, dirasuk syaitan, kuasa kuda, dan batshit crazy dalam 9 lagu sebelumnya, semuanya ada dalam lagu ke-10 ini, khususnya ketika mula sampai ke pertengahan lagu. Saya personally, jika sewaktu itu sedang memandu, saya akan start pakai seatbelt. Jika saya sedang hisap rokok, saya akan padam. Saya akan bersedia untuk ini. Pengalaman mendengar lagu ini, memang tidak pernah pernah gagal menggegarkan jantung, neurons, dan saraf saya, SETIAP KALI melaluinya. Ini, dalam seluruh katalog Mr. Bungle, adalah lagu yang paling saya gemari.

Jadi, begitulah sedikit sebanyak tentang California – album rock yang mistikal & magikal – yang mampu saya ceritakan, secara psikoanalitikal dan (mostly) main bedal. Mungkin semua ini tidak masuk akal, dan jangan-jangan tak betul, dan semuanya saya tipu dari awal. Apa yang anda perlu buat? Pergilah dengarnya sendiri, or not. Saya tak peduli pun. After all, rebel adalah perkara paling ‘manusia’ yang manusia boleh buat.

Ave atque vale!

 

 

Jika anda memiliki sebarang karya tidak kira buku, zine, demo band, album penuh, filem pendek dan memerlukan ulasan yang jujur daripada sidang pengarang di Neon Berapi, jemput hantar karya anda ke alamat Neon Berapi yang tertera di bawah laman web ini.
Balik ke Atas