Hidup sebagai seorang lelaki ini simple

/
5 mins read

Hidup sebagai lelaki ini simple. Kalau lapar kita makan, bila letih kita rehat, andai mengantuk kita tidur, kalau perlu kita mandi, kalau tak ada makwe kita mengurat, kalau tak dapat, kita tahu mereka tak layak dan kalau dapat, kita…

…di sinilah masalahnya bermula.

Bismillah.

Biasanya seorang lelaki yang single mempunyai circle of friend atau fraternity singles mereka sendiri. Pada fasa ini, keadaannya serba simple. Simple as simple can be bak kata orang Batu Pahat. Berapa lama masa seorang lelaki perlukan untuk sampaikan satu message atau point kepada lelaki yang lain?

Beberapa saat.

Tipikal jumlah pertukaran ayat ketika saya berinteraksi dengan lelaki secara mudah boleh disimpulkan begini; Satu message, katalah, “malam ni kita lepak dekat Wangsa Maju” dikomunikasikan antara saya dengan lelaki lain dengan cara menaip perkataan ini: “malam ni w.maju.” Message sampai, malam itu kami lepak di sana.

Pantas.

Bila memasuki fasa sudah mempunyai makwe bagaimanapun, saya dan saya percaya ramai lagi mempunyai masalah walau untuk convey the exact same message. Lebih- lebih lagi jika mereka yang mahu ajak kita lepak di mana-mana.

­Masalah wanita ialah mereka tidak boleh katakan sesuatu straight to the point. Masalah lebih besar, bila mereka mahu ke sesuatu tempat, mereka mahu kita yang ajak mereka ke sana dan masalah mereka yang paling besar ialah mereka buat andaian yang makhluk normal i.e, lelaki, mempunyai alat telepathy terbina dalam badan untuk mengetahui hasrat mereka.

Ianya begini.

Bila mereka mahu menonton wayang contohnya, mereka tidak kata dekat kita, “jom tengok wayang.” Sudah tentu ramai yang bangkang sebab dalam drama atau filem atau Animal Planet, kita tengok kalau satu-satu makwe tu nak tengok wayang, dia kata pada boyfriend dia, “jom kita tengok wayang.”

Dalam kehidupan sebenar, sifirnya tidak begitu. Hampir-hampir ia adalah sebuah “adventure” dan perkara ini sangat-sangat dramatik.

Ok, ingat balik, objektifnya ialah tengok wayang.

Drama akan bermula dengan dia mencipta situasi, apa saja yang insinuate something yang kita tak give much to her in term of meluangkan masa atau apa sajalah… anything man. Mereka sebenarnya mahu tengok wayang dan seperti kata saya tadi, masalah terbesar mereka ialah mereka ingat kita ini ada telepathic device to the extent that kalau hati dia tergerak nak tengok wayang, kita otomatik tahu, dia nak tengok wayang. Ini berpunca dari masalah besar mereka iaitu, mereka mahu kita yang ajak mereka.

Di saat ini, kita, sebagai manusia yang normal i.e, lelaki mula tertanya tanya, apa yang kita telah buat sampai dia ni kompelin begini? Trust me kita tak buat apa pun.

Dan rengekan mereka akan berterusan biasanya melepas point bergaduh. Selepas habis bergaduh, berbaik semula, barulah dia kata that very word “jom tengok wayang.”

Blardy hell.

Sudahlah begitu, kena pula tengok cerita yang wording di posternya tu sama ada berwarna pink, atau font-nya ada bunga, atau sesuatu yang sama menakutkan seperti itu. Mahu bangkang, well, off course as a peace loving creature, lelaki, kita tak mahu mengulangi drama bergaduh yang baru saja berlaku sebentar tadi. Mereka bagaimanapun, omaigod… ada DNA endurance dalam bab bergaduh benda-benda tidak cerdik seperti ini.

Itu baru tengok wayang!

Walaupun wanita biasanya responsif, mereka mengambil masa untuk beri significant reaction.

Begini.

Kalau kita nak kasi message, katalah, ‘weekend ni kita pegi makan ikan bakar dekat Melaka,’ kita kata dekat dia “Jom Melaka weekend ni, ikan bakar.” Message rupa ini selain macho, ia juga plain simple and straightforward.

Mereka responsif dengan berikan kita “omaigod, ikan bakar, best-nya, dekat pantai bla bla bla… ikan dia… cicah asam… bla bla bla….” Karutan ini akan berlangsung selama lebih kurang 15 minit sebelum kita dapat the significant reaction Yes, or No.

Guna sifir ini untuk aplikasikan ke atas isu-isu lain lalu you’ll get the picture betapa besar rombakan yang perlu satu manusia normal i.e lelaki, perlu lakukan ke atas prinsip SIMPLE hidup mereka, bila sudah mempunyai makwe.

Jika seekor beruang muncul di depan wanita, dua saat diperlukan untuk menjerit, dua saat lagi untuk kata “omaigod, beruang,” beberapa saat untuk panik dan saat yang ke 30, baru mereka beri reaksi yang meaningful relatif kepada permasalahan mereka bertembung seekor beruang; cuba lari atau panjat pokok, atau pengsan.

Thats my fren, is really freaking something.

Dan ianya even more freakingly amazing considering the fact that we, manusia normal i.e lelaki…

watahelman

can’t live without them.