Agama Agama

/
8 mins read

“Da’i Pendakwah Nusantara memberi pendedahan kepada masyarakat tentang realiti sebenar yang perlu dihadapi oleh seorang Da’i dalam zaman yang penuh cabaran ini. Program tersebut melahirkan ramai pendakwah berkaliber dalam mengukuhkan ajaran Islam sejak musim yang pertama pada 2013.” – Sinar Harian

 

Saya agak saya ini umat yang bermasalah.

Ada beberapa kali saya ikut tengok TV show yang tajuknya ada perkataan ‘Da’i’, ada perkataan ‘pendakwah’ dan ada perkataan ‘nusantara’. Bermasalahnya saya ini dari segi begini; Ini rancangan agama agama bukan? Tapi kenapa saya seakannya menjadi lebih insaf dan mengingati Tuhan selepas tengok siri interview Vladimir Putin kafir atau presiden trigger-happy Duterte berbanding rancangan da’i pendakwah ini. Mereka berguraukah atau macam mana? Adakah mereka serius mahu merekrut apa yang disebut ‘Da’i Nusantara’ dengan meng-Akademi Fantasia-cation kan aspirant Da’i itu semua sebegitu? Pertandingan Da’i? Kamu serius?

Menceritakan sirah dengan memek muka– dengan izin- minta penampar? Dengan suara meleweh-leweh begitu? Siapa yang endorsed seorang Da’i itu seharusnya begitu? Pak jurinya? Untuk apa perlu berdrama begitu? Sampaikan feel? Supaya hati terkesan? Kamu ini seriously kenapa? Ini audition pelakon drama!

Saya get it kamu mahu berdakwah, sampaikan iktibar, pengajaran dari apa whatever yang kamu persembahkan tapi adakah bermemek muka dan berleweh sendu begitu dikira sebagai hikmah? Terma ‘persembahan’ dalam berdakwah itu juga saya rasa banyak yang tidak kena apa lagi actually melakukannya. Kamu serius mahu lahirkan sorang pendakwah yang kelakunya begitu? Bilamana rakan saya Morthy atau Ah Teng itu naik hairan tengok kamu yang drama begitu lalu saya terangkan, “eh… Morthy, Ah Teng, tidak apa-apalah. Itu mereka namanya Da’i. Pendakwah. Dia mahu ajak kamu dekati tuhan.”

Kamu rasa Morthy dan Ah Teng nak berkawan dengan saya lagi tak selepas itu?

Saya agak segan sambil terasa malu bila ada satu malam penilai beri komen sort of… “kenapa kamu tidak gunakan keseluruhan pentas…” frustratingly merujuk kepada cara mamat peserta yang statik di satu tempat. I mean… kamu mahu dia bersarkis ke macam mana, tuan penilai? Might as well kamu bekalkan dia dengan tiga ekor singa, sebatang cemeti dan satu gelung berapi.

Oi mamat. Kau kalau tak suka, janganlah tengok… kamu kata.

Ini pasal kamu ‘label’kan rancangan kamu itu sebagai apa. Begini;

Saya tertengok show ini sebab mak saya pegang remote control di kampung. Pada hemat mak saya, ini rancangan agama agama. Ia mudah untuk orang tua-tua rasa begitu kerana perkataan dan suasana yang kamu tempelkan ke program kamu sebegitu. Adalah tidak manis lagi menjolok mata bila saya gostan masuk bilik ketika rancangan agama agama ini bermula bila tadi elok saja saya di sofa, dan adalah derhaka kalau saya pergi ambil remote itu lalu dengan bergaya pergi tukar channel Animal Planet kegemaran saya. Tapi agaknya itu lebih elok kerana at one point mak dan bapak saya berpandangan sesama sendiri bila peserta yang sedang berdrama serius bercerita pasal Nabi… ehhhh, tiba-tiba boleh pulak dia- secara tidak tasteful– pergi bantai menyanyi. Terpinga-pinga orang tua itu.

You see. Saya sudah tiada pilihan selain kena tengok. Kamu sudah nuansakan dia pergi berbunyi agama agama dengan perkataan Da’i, dengan perkataan pendakwah dengan sebut-sebutan pengacara yang again, bernuansa agama agama, saya harus berada di depan TV supaya mak saya yakin saya ini tidaklah terlalu ‘liberal’. Kalau kamu namakan rancangan ini aptly sebagai “Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Tauladan Kategori Orang Dewasa” ianya okey untuk saya beredar dari sofa tanpa timbul rasa curiga ‘liberalnya saya’ oleh mak saya. Tapi tengoklah bagaimana kamu namakan rancangan ini apa.

Ada rakan-rakan yang menyebut saya ini bukan target market mereka, jadi kenapa perlu begini tersinggung? Saya ingatkan kembali nama rancangan ini i.e, Da’i Pendakwah Nusantara. Dan saya berada di nusantara secara geografinya. Jadi mengikut daring-nya claim pertajukan rancangan itu, saya kira mereka turut melihat ke arah saya. Saya adalah stake holder juga. It’s not like saya duduk di benua Afrika bukan? Atau sedang chill makan pisang di Jamaica. Jadi adakah saya akan O.K jika orang yang diangkat dan dilabel sebagai ‘Da’i’ di ruang geografi saya berdakwah dengan kelaku aneh berdrama, meleweh dan bernyanyi-nyanyi begitu? Tidak. Kerana implikasinya secara terus. Saya sudah cakap tadi, macam mana akan saya explain ke Ah-Teng dan Murthy? Saya stake holder on a basis saya penduduk nusantara. Again, kalau mereka namakan rancangan ini “Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Tauladan Kategori Orang Dewasa Khusus untuk Mat Retard Kawasan Taiping Timur”, saya tak adanya akan bother ambil masa dan tulis benda ini. Saya abaikan saja.

At least penaja sudah do something untuk dakwah… kamu kata lagi.

Dari kamu buat tajaan benda-benda begini, kamu pergilah taja saluran berita kita baik yang belah kiri mahukan kanan so that pembaca beritanya kata something macam “berita seimbang ini dibawakan oleh…” lalu mereka proceed interview kedua-dua belah pihak tanpa berpihak ke siapa-siapa. Saya kasi ikrar bila kamu buat begitu, saya beli semua produk kamu. Saya paksa kawan saya buat begitu, walaupun saya tak perlukan benda itu. Kalau kamu jual mascara sebagai contoh, saya beli satu dan personally pasangkannya ke mata Dila Raden itu.

Saya sedar kesemua ini berbunyi sepertinya saya ini naif dengan cara media bekerja. Ini show business la kawan. Dan apa mereka kata tentang there’s no business like show business?… kamu ingatkan saya. Ada penaja, ada rumah terbitan. Mereka sit down dan fikirkan sesuatu. Why not kita buat apa yang anak muda suka dalam mendekati mereka. Ahhhh kita buat realiti TV dan bla bla bla… the rest jadi ia seperti hari ini.

Saya actually tahu. Tapi hanya kerna saya tahu dan faham jadi saya perlu diam dan terima saja? Terima saja penaja dan panitia rancangan ini memberi idea kepada saya seorang da’i itu seharusnya bagaimana? Orang yang pandai menggunakan pentas? Orang yang cekap menukar memek muka? Mamat yang terer berleweh-leweh dengan nasyid tak ada taste-nya? What’s wrong dengan old school ‘hikmah’ dalam berdakwah? Saya tidak kisah kalau ini program membentuk pelakon drama. Tapi ini program membentuk Da’i. Saya… tuan-tuan dan puan-puan, tidaklah seliberal manapun. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal begini.

Tidak. Saya tidak salahkan para peserta. Saya yakin mereka aspirant yang ikhlas mahu berdakwah pada peringkat awal. Saya bengkek dengan bagaimana pelaku dakwah itu diacu, dibentuk dengan cara di-Akademi Fantasian-cation kan. Instead emphasizing benda benda Hikmah, mereka bantai ajar budak-budak ini jadi pelakon.

Here’s a thought. Katalah 5 tahun lagi ada ‘pertandingan battle of reality TV show. Ada juara Clever Girl masuk. Ada juara AF masuk. Ada juara Asia Top Model masuk dan ada juara Da’i Pendakwah masuk. Bunyinya salah, bukan?

Bukan?