COVID-19: Johor Bahru PKP Scene Report

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya Jimbo dari Ulu Tiram, Johor Bahru ingin melaporkan situasi terkini keadaan PKP di Johor Bahru. Seperti yang kita semua maklum, kita semua sedang memasuki fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Johor Bahru telah dikenal pasti sebagai kawasan ‘merah’ dan ia sedikit memberi impak seram kepada saya dan seluruh penduduk … Read moreCOVID-19: Johor Bahru PKP Scene Report

Podcast NB #3 – Menyelami perasaan dua pemuda dari Kuala Lipis tentang hal ehwal semasa

Dua tetamu jemputan iaitu Stam Mustapha dan Ismail Othman telah hadir ke studio Neon Berapi untuk bercakap tentang banyak perkara yang bermakna. Stam Mustapha ialah seorang penulis buku yang bekerja di sebuah lombong emas manakala Ismail Othman pemain gitar Fury yang kini mengendalikan mesin kopi.

Pemain gitar bes Hellexist tidak betah berjauhan dengan anak

KEDIRI — Zulkiflie Maarof gagal menahan sebak bila ditanya mengenai anaknya selepas berakhir persembahan Hellexist di Kediri malam tadi. Beliau ternyata sangat merindui anak yang diberi nama Elijah hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Aminah. “Elijah, abi akan pulang… abi akan pulang…” itu saja yang berulangkali terungkap di mulut tatkala air matanya mencurah. Zulkiflie Maarof … Read morePemain gitar bes Hellexist tidak betah berjauhan dengan anak

Sufian Abas selesai melunaskan royalti penulis-penulis Laras 99

KUALA LUMPUR — Sufian Abas pada hari ini menghela nafas lega sebaik selesai menunaikan tanggungjawab kepada penulis-penulis naungan label penerbitannya, Laras 99. Beliau dilihat mengeluarkan sejumlah wang yang tidak diketahui amaun dari sebuah bank dan mengagihkan wang tersebut kepada para penulisnya yang ditatang bagai minyak yang penuh, iaitu antaranya Wani Ardy, Fernando Pessoa, Atilea Farrahnaz … Read moreSufian Abas selesai melunaskan royalti penulis-penulis Laras 99

Bacaan tekanan darah bekas gitaris The Official dilaporkan pada paras tidak membimbangkan

KUALA LUMPUR — Amir atau lebih dikenali sebagai Amir Skinhead dikatakan melakukan pemeriksaan tekanan darah di tempat kerjanya Dapur NJ, sebuah restoran nasi ayam berwibawa berhampiran Hospital Ampang kira-kira jam 9 pagi tadi. Semasa pemeriksaan sedang berjalan, semua pekerja Dapur NJ menanti dengan wajah yang agak berdebar sebelum akhirnya berpelukan sesama sendiri sebaik mengetahui bacaan … Read moreBacaan tekanan darah bekas gitaris The Official dilaporkan pada paras tidak membimbangkan

Goodbye sober day, hello Milky Way: Sebuah album rock terbaik dalam sejarah gegendang telinga

Mula-mula let’s be clear. Artifak rock yang dimaksudkan adalah album berjudul California (1999) oleh Mr. Bungle, yang juga merupakan subjek dalam tulisan ini. Tiada sebab untuk saya tulis tentangnya di sini pun – bukan kerana ada unexpected reunion/kematian ahli kumpulan ini; bukan juga kerana ada rilisan box set, edisi bumper, atau whatever sempena ulangtahun album … Read moreGoodbye sober day, hello Milky Way: Sebuah album rock terbaik dalam sejarah gegendang telinga

Croatia: Lahir Dari Perang Tidak Kecundang

Hari ini, usai dua minggu pertandingan Piala Dunia berlalu. Tapi bagi negara yang tewas atau pun menang ianya akan menjadi memori yang tak terlupakan. Baik buat pemain, jurulatih mahu pun para penyokong warga kebangsaan negara yang terlibat memori Piala Dunia akan diingati secara kolektif. Pertandingan kali ini pasti diingati kerana tumbangnya pasukan-pasukan pilihan dan kemunculan … Read moreCroatia: Lahir Dari Perang Tidak Kecundang