Pertandingan Video Pendek bertemakan Pemahaman Antara Agama 2017

FILEM Teks oleh:

Dua tahun yang lalu, Institut Kajian Etnik (KITA) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menganjurkan satu pertandingan video pendek yang bertemakan Pemahaman Antara Agama di Malaysia. Pertandingan video pendek ini terbuka hanya kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Sebanyak 12 video telah disenaraipendek untuk ditentukan video manakah yang akan memenangi hadiah berupa wang tunai RM500.

Tahun ini, selepas setahun menyepi, pihak Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi mengadakan pertandingan video pendek yang bertemakan ‘Pemahaman Antara Agama Melalui Tindakan Bersama: Cuba Lahh!’. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti awam dan swasta di Malaysia sama ada ianya dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Yuran penyertaan sebanyak RM50 untuk setiap penyertaan.

Tarikh penghantaran video pendek tersebut telah dilanjutkan sehingga 18 Ogos 2017. Video yang di hantar hendaklah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh penganjur. Sebagai contoh, penghasilan video berkenaan hendaklah berdurasi tidak melebihi 3 minit. Hadiah menarik menanti pemenang. Pemenang pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai RM1500, tempat kedua, RM1200, dan tempat ketiga RM1000. Penganjur juga turut menyediakan 7 hadiah saguhati kepada peserta.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ivcukm.wixsite.com/ivc2017.

Balik ke Atas