Fahmi Reza Tokoh Hari Buruh 2020

PUTRAJAYA – Fahmi Reza telah menerima anugerah Tokoh Hari Buruh 2020 pada hari semalam dalam sambutan Hari Buruh yang sederhana tetapi meriah, menurut sumber yang agak terkejut.

Anugerah itu disampaikan oleh bekas bendahari Parti Buruh Malaya Ahmad Nor Mohamad kepada Fahmi Reza atas pencapaian dan kejayaan menghasilkan logo Hari Buruh selama 18 tahun berturut-turut tanpa gagal.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis serba ringkas berlatarbelakangkan muzik dari pemain piring hitam (yang dibawa sendiri oleh Fahmi Reza) dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembatasan sosial yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur petang semalam, sekumpulan pemuda bertindak membakar poster ucapan Selamat Hari Pekerja daripada seorang senator. Puncanya masih belum dikenalpasti dan Neon Berapi masih menunggu maklumat lanjut.