Protes George Floyd: Novelis Malaysia antara yang dicampak ke dalam api

MINNEAPOLIS – Seorang novelis terkenal dari Malaysia dilaporkan antara yang dicampakkan ke dalam sebuah balai polis yang sedang terbakar dalam Protes George Floyd di sini malam tadi, menurut sumber yang turut sama membantu mencampakkan beliau.

Novelis tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Nomi dikatakan dicampak oleh kumpulan peserta protes kerana memberikan sebuah pandangan yang unik semasa huru-hara di tempat kejadian. Ekoran tindakan itu, kumpulan protes kelihatan terpecah kepada dua kumpulan dengan satu lagi kumpulan cuba mengeluarkan novelis itu daripada api yang begitu marak.

Novelis itu berjaya diselamatkan dan dalam keadaan 98% melecur sempat berkata, “jangan hanya fokus kepada tindakan kejam mereka mencampakkan saya ke dalam api, dan tidak pula fokus kepada pandangan saya tentang George Floyd,” sebelum dicampakkan semula ke dalam kebakaran oleh kumpulan protes yang baru menyelamatkannya.


Pihak Neon Berapi masih lagi menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian ini dan sedang cuba menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat.