HQNeonBerapi

HQNeonBerapi has 43 articles published.

Posted on MUZIK/SENI & BUDAYA

Pemain gitar bes Hellexist tidak betah berjauhan dengan anak

KEDIRI — Zulkiflie Maarof gagal menahan sebak bila ditanya mengenai anaknya selepas berakhir persembahan Hellexist di Kediri malam tadi. Beliau ternyata sangat merindui anak yang diberi nama Elijah hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Aminah. “Elijah, abi akan pulang… abi akan pulang…” itu saja yang berulangkali terungkap di mulut tatkala air matanya mencurah. Zulkiflie Maarof…

Posted on SASTERA/SEMASA

Sufian Abas selesai melunaskan royalti penulis-penulis Laras 99

Satu hari yang indah buat dunia penerbitan buku skala kecil. KUALA LUMPUR — Sufian Abas pada hari ini menghela nafas lega sebaik selesai menunaikan tanggungjawab kepada penulis-penulis naungan label penerbitannya, Laras 99. Beliau dilihat mengeluarkan sejumlah wang yang tidak diketahui amaun dari sebuah bank dan mengagihkan wang tersebut kepada para penulisnya yang ditatang bagai minyak…

Posted on MUZIK/SEMASA

Bacaan tekanan darah bekas gitaris The Official dilaporkan pada paras tidak membimbangkan

Satu khabar yang melegakan mat-minah oi, ska, punk, rock di seluruh negara. KUALA LUMPUR — Amir atau lebih dikenali sebagai Amir Skinhead dikatakan melakukan pemeriksaan tekanan darah di tempat kerjanya Dapur NJ, sebuah restoran nasi ayam berwibawa berhampiran Hospital Ampang kira-kira jam 9 pagi tadi. Semasa pemeriksaan sedang berjalan, semua pekerja Dapur NJ menanti dengan…

Posted on MUZIK/SENI & BUDAYA

Goodbye sober day, hello Milky Way: Sebuah album rock terbaik dalam sejarah gegendang telinga

Ashraf Sahdan seorang mat rock dari Segitiga Emas Jengka cuba mengulas sebuah album rock yang mistikal dan magikal daripada Mr. Bungle.   Mula-mula let’s be clear. Artifak rock yang dimaksudkan adalah album berjudul California (1999) oleh Mr. Bungle, yang juga merupakan subjek dalam tulisan ini. Tiada sebab untuk saya tulis tentangnya di sini pun –…

Posted on FOTOGRAFI/MUZIK/SENI & BUDAYA

Potret-potret Malaysia Lama

Pada suatu hari dalam bulan Ogos tahun lalu saya telah berhadapan dengan satu keadaan yang mana bunyi WhatsApp bertalu-talu muncul dari telefon. Bila saya buka telefon, rupa-rupanya Azaruddin Paiman atau lebih dikenali sebagai Din Akar, pengarang Pengembaraan Tanah Jepun dan zine Roots telah mengirim berpuluh-puluh keping foto kepada saya. Saya kurang faham apakah tujuannya sejak…

Posted on BOLA SEPAK/SUKAN

Just Fontaine, Platini, Papin, Cantona, dan Henry tidak pernah membawa Piala Dunia ke bumi Perancis

Saya sudah cakap banyak kali sebelum ini bahawa Perancis akan ke final. Selagi Giroud berada dalam kesebelasan utama. Dan itulah yang berlaku. 20 tahun lalu, saya masih seorang remaja. Remaja yang cergas, cerdik bermain bola hingga mendapat jolokan Bergkamp di sekolah, pandai mendengar muzik, menonton filem, membaca buku dan majalah, juga begitu faham dan terang…

Posted on BOLA SEPAK/SUKAN

Messi, Ronaldo dan Rukun Bola

Ramai yang mengimpikan pertembungan dua nama besar dalam bola sepak dunia di lapangan suku akhir, namun Messi dan Ronaldo terpaksa berpuas hati hanya dapat bertemu di lapangan terbang untuk berangkat pulang selepas tersingkir. Teori Messi akan bertemu Ronaldo terbukti benar cuma lokasinya yang disalah tafsir peramal bola, sepertimana mereka meramal seorang mamat Liverpool akan mengemudi…

Posted on BOLA SEPAK/SUKAN

Perihal mengapa Jerman terkandas?

Malam kelmarin tidak ada perlawanan bola sepak Piala Dunia berlangsung. MyTeam pun tidak ada bermain. Jadi saya ke sebuah restoran. Makan malam bersama ahli falsafah dari Jengka. Kami berbual tentang perkara yang berat berat seperti hal John D-Blend, bengkel motor di Tong Kiat, sehingga ahli falsafah dari Jengka bertanya satu soalan yang cukup rumit. Rumit…

Posted on FILEM

Karl Marx dalam Anbe Sivam

Kami tidak menyangka akan menerima tulisan mengenai filem Kamal Haasan. Jaymani Sevanathan, seorang mahasiswi jurusan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menulis tentang Anbe Sivam.   Kamal Haasan bukan calang-calang orang dalam industri perfileman India Selatan. Dengan gelaran ulaga nayagan (hero dunia), beliau mampu membuka minda dan kotak pemikiran peminat lakonannya. Lakonannya tidak sama…

1 2 3 5
Balik ke Atas