Surat untuk Dato’ Seri

PANDANGAN/PERSPEKTIF Teks oleh: Bart Ahmad

Dear Dato’ Seri,

Saya biasanya tak ada nak mengadu sangat pasal benda-benda gini. I mean, saya ni mat lori for God sake. Mengadu ni perkara yang budak perempuan umur 17 tahun yang baru belajar bercinta aje buat. Kalau ada pun saya geram pasal gomen, ia berkaitan hal-hal JPJ saja la… mat lori la katakan. Tapi kali ni saya macam bengang juga dengan Nazimudin Bhai sama Erwin tu. Satu mat Bangla, sorang lagi mat Indon. Dua-dua mat foklif.

Begini, Dato’ Seri.

Sebelum itu kita corner kejap ke hal benda ‘Dato’ Seri’ ni. Lately saya kena hati-hati kalau nak tulis surat ke geng-geng artis ni, Dato’ Seri. Semua orang pun dah at least Dato’ sekarang ni. Err… itu ajelah, saja nak kasi tahu. Dato’ Seri pun bukan boleh buat apa dalam hal ni ya tak? Saya pun tak tahu kenapa saya boleh bangkitkan perkara ni di sini.

Okey back to the point.

Nazimudin semalam tunjuk pada saya logo tu sambil gelak-gelak. Erwin tanya saya yang penyu specky tu gambar Dato’ Seri ke? Mirip benar kata dia. Ada ke patut tanya begitu? Dasar mat Indon tak kenang budi dia tu, Dato’ Seri.

Saya kemudian dengan sabar dan tenang, proceed menerangkan rasional di sebalik kesemua yang tersurat dan tersirat dalam logo tu mengikut apa yang Dato’ Seri kata dalam suratkhabar tu, tapi ya lah… kita ni kalau cakap dengan orang tak sekolah memang susah. Semua dia gelakkan.

Dato’ Seri,

Dia orang ni bukan faham benda pun. Saya yakin dengan wisdom pihak kementerian. I mean, kan memang ‘in thing’ sekarang ni menggunakan style rekaan budak darjah 3 era 70’an untuk urusan massa. Ia vintage. Ia ada semua benda yang nak disampaikan bukan? KLCC, tahun 2020, warna-warni, beruk berspek dan gambar Dato’ Ser… maksud saya gambar penyu. What’s wrong with that saya pun tak faham dia orang ni.

Dato’ Seri,

If at all, mengikut sifir itu saya nak kasilah pandangan sikit apa kiranya. Kita patut letak sekali semua binatang eksotik yang ada di negara kita dalam situ. Lebih eksotik dari spesis beruk dan penyu ialah spesis babi yang memotong barisan ketika mahu masuk simpang yang banyak terdapat di Kuala Lumpur i.e, babi bandar. Itu comel, Dato’ Seri. Beruk dan penyu mereka boleh lihat di zoo tapi babi bandar ni jarang ada di Stuggart atau Stockholm saya dikhabarkan.

Kemudian, atas sifir yang sama saya cadangkan warna itu ditambah lagi kerana warna-warni Malaysia itu takkanlah 3 kaler aje Dato’ Seri? Makwe Karim Volvo itu pun ada 5. Design yang bagus ialah design yang menggunakan kesemua kaler available dalam MS paint.

Dato’ Seri,

Sebab saya perhati benak benar rakyat Malaysia ini dalam hal-hal begini, saya cadangkan Dato Seri reveal-kan saja perkara sebenar. Reveal-kan saja yang pelancong dari barat itu sudah mual dan bosan dengan tema less is more dan minimalism yang netizen kita agung-agungkan. Mereka ni semua tak ada idea yang trend terkini mat-mat backpack di Perancis sana ialah; dude, mari lihat negara mana yang macam tak ada taste dan let’s go there, ia pasti menarik dan eksotik. Mereka datang sini dan nampak betapa eksotik dan cute-nya spesis babi bandar kita. Misi tercapai, semua orang gembira. Hence, the logo. Bodoh betul netizen kita.

Dato’ Seri boleh sabar tengok perangai dan minda netizen kita serupa Nazimudin Bhai dan Erwin mat foklif asing itu? Saya tidak boleh.

Tapi satu yang saya respect ialah keputusan Dato’ Seri untuk stylishly mengekalkan logo itu. Cuma Dato’ Seri kena sign decree supaya logo itu tak boleh diubah walaupun pembangkang yang jadi gomen selepas PRU nanti. Time tu Rara DAP yang jadi Menteri Pelancongan akan sedar actually siapa yang troll siapa sebenarnya ya tak? Dato’ Seri macam dah tau aje benda ni?

Itulah saja, Dato’ Seri. Saya nak tulis lagi tapi saya kena ngantar simen ni. Saya akhiri surat ni dengan serangkap pantun,

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca takyah la suruh polis balas.

Sweet tak?

Balik ke Atas