Menghidupkan Api Bersama Neon Berapi

Neon Berapi mengalu-alukan kehadiran anda untuk sama-sama meraikan sisi kehidupan yang tenang, bebas dan berjasa. Amatlah rugi masa-masa yang kita miliki ini digunakan untuk memikirkan bagaimana cara membeli hartanah supaya orang lain yang membayarkan bulanan Honda City kita.

Di Neon Berapi kami menyiarkan tentang hal semasa, wawancara, kisah individu atau kumpulan, laporan, pandangan, dan esei foto. Kami tidak menyiarkan status Facebook, screenshot perbualan WhatsApp, gambar atau video yang biasa mempamerkan hal rumah tangga artis dan orang bertempik di tempat awam, dan kami juga tidak menyiarkan perihal khasiat daging arnab.

 

Bagaimana untuk mula menghantar karangan kepada Neon Berapi?

Anda cuma perlu mengirim idea atau cerita ringkas tentang karangan yang mahu dihasilkan untuk Neon berapi. Tidak perlu jadi orang yang tak pasal pasal mengirim karangan penuh yang akhirnya kami baru baca sedikit, terus lempar ke sungai.

Pastikan idea anda solid, asli dengan fokus yang mantap.

Hantar dalam satu perenggan yang kemas lengkap dengan; Siapa atau apa yang anda ingin ceritakan; Kenapa anda hendak mengarang tentangnya; Bagaimana anda akan mendapatkan akses tentangnya; Bila boleh hantar; Apa yang membuatkan anda orang yang tepat untuk mengarang tentangnya.

Selepas itu pihak editor Neon Berapi dan anda akan berbincang dan bekerjasama dalam menyiapkan karangan terulung anda.

 

Jika anda sudah bersedia, hantarkan kepada;

Editor Neon Berapi
H. Muhammad
editor@neonberapi.com