Author

Editor Neon Berapi

Editor Neon Berapi has 21 articles published.

Selepas seminggu, Malaysia Muda

LAPORAN/PERSPEKTIF Teks oleh:

Usai sudah Rapat Umum Malaysia Muda: 71 Tahun Angkatan Pemuda Insaf (API) pada minggu lepas. Barangkali, apa yang ingin dicapai melalui Rapat Umum ini, sedikit telahpun dicapai. Perarakan tanpa gangguan, pekik laung nyanyian, tempik gendang, serta teriak gempita, menghiasi suasana pada hari kejadian. Lebih dari 100 peserta hadir berkumpul ‘memeriahkan’ suasana. Tidak termasuk 30-35 orang…

BACA HABIS

Ulasan Buku — Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu: Membelai Romantisme Dekaden

SASTERA/SENI & BUDAYA Teks oleh: Alip Moose

Buku ini ditulis oleh Shaharuddin Maaruf, seorang murid kepada sosiolog Melayu yang masyhur; Syed Hussein Alatas. Buku ini asalnya diterbitkan pada 1993, beberapa tahun diterbitkan kembali pada tahun 2014. Menurut Alatas pada kata pengantar, buku ini mengkaji tentang konsepsi wira dalam masyarakat Melayu. Bagi mereka yang membaca buku ini akan menggarap manfaat yang besar –jika…

BACA HABIS

Rogue State — Semboyan Hip Hop Malaysia

MUZIK/SENI & BUDAYA Teks oleh: M. Faiz Syahmi

Sebelum mendengar Rogue State, saya terfikir; apa bolehkah pada tahun 2017 ini, pemuzik-penyanyi Malaysia membikin sebuah album yang dapat mengimbau kenangan romantis kita pada era di mana Hip Hop menjajah segenap sudut tanah air? (Jangan mengaku jika ada yang pernah keluar rumah memakai kalung cakera padat di leher mereka.) Selepas mendengar Rogue State, persoalan saya…

BACA HABIS

Tokyo dan Bayang-Bayang Daido Moriyama

FOTOGRAFI/SENI & BUDAYA Teks oleh: Nik Adam Nik Rasdee

Nik Adam seorang pemuda dari Bachok yang gemar merakam foto. Pada suatu hari dia telah ke negara Jepun dan mengambil peluang untuk merakam foto hitam putih seperti jurufoto legenda kegemarannya dari sana, Daido Moriyama. Inilah contoh anak muda yang berfikiran jernih dan tidak ke luar negara semata-mata untuk menjadi personal shopper. Kali pertama mendengar tentang…

BACA HABIS

Nyalakan API Dalam Malap Zaman

PANDANGAN/PERSPEKTIF/SEMASA Teks oleh: Muhammad Hafez Darwis

“Jangan hanya merungut dalam gelap. Nyalakanlah lilin.”   Mungkin itu yang bermain dalam benak pelopor-pelopor gerakan pemuda anti-penjajah di sekitar tahun-tahun 1940an. Mungkin itu juga yang menjadi dorongan kepada Darwis seorang tukang jahit dari kelas marhaen bersama isterinya untuk bersengkang mata hingga dinihari kira-kira 71 tahun yang lampau untuk memastikan API muncul di khalayak kesedaran…

BACA HABIS

Temubual Ringkas Bersama NiceStupidPlayground: Pasca Rocktoberfest Borneo 2017

MUZIK/SENI & BUDAYA Teks oleh: Karl Agan

Rocktoberfest Borneo 2017 menutup tirai pentas setelah kugiran Hujan menamatkan sesi mereka pada malam Sabtu, 7 Oktober 2017. Festival Rock yang diadakan sejak hari sebelumnya merakam kehadiran bukan sahaja pengunjung dari bandaraya Miri, malah dari serata Malaysia serta negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, dan Filipina. Ini barangkali merupakan festival rock terbesar yang pernah diadakan di…

BACA HABIS

Alatas, Intelektual, dan Zaman

PANDANGAN/PERSPEKTIF Teks oleh: Alip Moose

Setiap zaman dan tempat pasti ada Sang Intelektual yang memimpin massa. Di hadapan, di belakang, atau dihilangkan dari sejarah konvesional atau arus perdana. Hakikatnya, tetaplah ada sang intelektual. Bacalah sejarah. Di sini kita menggunakan istilah intelektual, kemungkinan setiap bangsa, orang dan bahasa ada panggilannya masing-masing, seperti ulama, rausyanfikir, cendekiawan dan sebagainya. Aku menggunakan istilah intelektual…

BACA HABIS

Kaum muda, menderhakalah!

PANDANGAN/PERSPEKTIF/SASTERA Teks oleh: Rien SD

Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka [1]   Jika di Iran- pada tahun 1933- lahir seorang pemikir yang kontroversial, menggugat hegemoni Shah Pahlevi, meniupkan stamina intelektual dalam jiwa rakyat Iran, bahkan ada yang menggelarnya arkitek revolusi Iran- seorang Ali Syaria’ti- di Malaysia- pada tahun yang sama- lahir seorang seorang Kassim…

BACA HABIS

Mahasiswa mahasiswi, tunjukkan kemaluanmu!

PANDANGAN/PERSPEKTIF Teks oleh: Alip Moose

Zaman kritik dan mencela ini sudah ada sebelum Nabi Isa lagi, malah jauh sebelum Nabi Muhammad, nabi terakhir. Tulisan ini menggunakan self-critique, ala-ala Nabi Isa. Apa yang aku mahu kritik? Aku mahu jadi mahasiswa, yang mengkritik mahasiswa dalam bab intelektualisme. Tapi hakikatnya aku bukan seorang mahasiswa, hanya lepasan SPM yang benci akan peperiksaan atas semangat…

BACA HABIS

Kerancuan: Menanggapi Esei ZF Zamir

PANDANGAN/PERSPEKTIF Teks oleh: Dian S. Akbar

Kata pujangga ‘Kejayaan adalah musuh perjuangan. Apabila sesuatu yang kita usahakan sudah terlalu berjaya, berhenti dan mulakan yang baru’ barangkali bukanlah sesuatu yang baru, saya kira. Dan ketika ZF Zamir mengungkapkan kata-kata tersebut lewat artikel beliau yang diterbitkan dalam laman majalah Tumbuh, saya menanggapi perkara tersebut dengan serius dan teliti. Lebih unik lagi, menurut beliau,…

BACA HABIS

Balik ke Atas